Monday, May 11, 2015

Kau yang terindah

Assalamualaikum...
Hampir 100hari kau pergi tinggalkan adik adikmu,mamamu, sahabatmu dan orang yang kau sayang... Seperti semalam aku sedang bercakap denganmu sambil gurau gurau di depan rumah ini...Di rumah ini,kita duduk bersama sambil tak sedar dah pagi.. Seperti semalam kau rawat aku lagi sakit perutnya hampir demam selepas berurut.. Seperti semalam aku mengadu padamu segala cerita cerita..Seperti semalam aku menjadi pengapitmu... Seperti semalam aku menolongmu memasak agar agar oreo...
Ahh!sudahlah..itu bukan semalam ...itu bukan hari ini... itu bukan 10tahun akan datang.. tapi itu 2 3 4  5  bulan yang lalu.. Mana mungkin ia akan terjadi lagikan dalam hidupku bila bersamamu... Ia cuma kenangan yang tak mungkin datang lagi dalam hidupmu wahai gadis.. Dia sudah pun dialam sana.. dan kau gadis kena kuat... Doalah pada mereka itu satu penghubung cintamu untuknya..
Ku disini menghitung harapan setiap nafasku menghembuskan angin angin kepalsuan, setiap itu rinduku takkan pernah hilang.. Kau yang terindah dalam hidupku wahai abang dan kakak dan si anak kecil..

~Gadis~
11/05/2015
Kamarmu

No comments:

Post a Comment