Wednesday, July 22, 2015

Raya 2015

Assalammualaikum...
Raya 2015... 1436H... Hari ini baru aku merasa debarannya raya tanpa ayah disisi kami... Terdengar takbir raya sayu membawa air mata menitis terus membasahi bahu ibu yang sedang mengupas bawang di malam raya.. Entah... Ta dapat digambarkan bagaimana perasaan hari itu... Ayah, selalunya bising dan setia menolong apa yang patut di malam raya.. Hingga aku dileternya jika baju melayunya ta diseterika...

Ya ... aku rindu itu semua... Pasangkan butang baju ayah... sambil hadiahkan ciuman manja di pipi kanan dan kirinya ... pagi raya kami ziarah kubur ayah... melihat adik sedang berdoa khusyuk di kubur ayah... Dan aku dapat rasakan isi hati adik... dan pagi pagi raya macam ni ada saja suara bergaduh antara ayah dan adik... Akak tahu adik kuat... sepertimana akak dan mak kuat...

Aku duduk temenung di sisi sofa... aku rindu suara itu... suara memanggil namaku... suara bercerita denganku... suara itu... Ya allah! Aku ta boleh nak ungkap apa yang aku rasa waktu ini... seakan aku sudah kehilangan suara seorang ayah... Tiada salam dan ciuman serta pelukan manja lagi dari seorang ayah...

Ayah! Akak minta maaf pada ayah... Akak rindu ayah... Tiada siapa boleh tukarkan ayah dalam hidup akak.. sepertinya akak ta mahu kahwen.. sebab di hati akak ada ayah... Ayah penguat semangat akak.. Ayah admire akak.. Ayah, doakan akak dapat jodoh yang boleh bimbing akak serta ingatkan akak tentang Allah.. seperti mana akak selalu ceritakan dan soal apa apa saja tentang agama pada ayah...

Ayah! .... Akak rindu ayah... Ya allah, kau tempatkanlah ayahku ke dalam syurga firdausi mu.. kau tempatkanlah dia di kalangan orang orang yang beriman... Aamiin

Al-fatihah

Gadis,
Rabu,22/7/2015 11:22pm
Bilik kecil

Monday, May 11, 2015

Kau yang terindah

Assalamualaikum...
Hampir 100hari kau pergi tinggalkan adik adikmu,mamamu, sahabatmu dan orang yang kau sayang... Seperti semalam aku sedang bercakap denganmu sambil gurau gurau di depan rumah ini...Di rumah ini,kita duduk bersama sambil tak sedar dah pagi.. Seperti semalam kau rawat aku lagi sakit perutnya hampir demam selepas berurut.. Seperti semalam aku mengadu padamu segala cerita cerita..Seperti semalam aku menjadi pengapitmu... Seperti semalam aku menolongmu memasak agar agar oreo...
Ahh!sudahlah..itu bukan semalam ...itu bukan hari ini... itu bukan 10tahun akan datang.. tapi itu 2 3 4  5  bulan yang lalu.. Mana mungkin ia akan terjadi lagikan dalam hidupku bila bersamamu... Ia cuma kenangan yang tak mungkin datang lagi dalam hidupmu wahai gadis.. Dia sudah pun dialam sana.. dan kau gadis kena kuat... Doalah pada mereka itu satu penghubung cintamu untuknya..
Ku disini menghitung harapan setiap nafasku menghembuskan angin angin kepalsuan, setiap itu rinduku takkan pernah hilang.. Kau yang terindah dalam hidupku wahai abang dan kakak dan si anak kecil..

~Gadis~
11/05/2015
Kamarmu

Tuesday, May 05, 2015

Pertengahan bulan Februari penuhi dengan kesedihan

Assalammualaikum,

sollu ala nabiyy

Ta pernah disangka kan orang yang kita sayang pergi lagi buat kali ke dua. apabila kesedihan kita masih belum redha, kita terima lagi dengan kesedihan yang ta kita jangka masanya kan. Patutlah pada 10 bulan 2 tahun 2015 bagitahu mama yang aku rindu sangat sangat pada abang dan kakak iparku. Mama bagitahu bagi mesej pada abang mama nak belanja makan. Tertiba hati nak telefon dengan abang, bila dengan abang, kerancakan perbualan itu tak pernah lepas dari bibir seorang adik kan. Mungkin abang fikir kakak terlalu rangat bila bercakap kan bang, tapi itulah kakak bila kesedihan ta baik lagi,kakak cuba letakkan dalam kegembiraan,supaya abang ta tahu kakak tengah bersedih..

Tanggal 19.02.2015 berita tergempar bila  dengar lagi berita kesedihan.. Ya Allah, apa lagi ujian kau hadirkan pada keluarga ku ya Allah.. Seakan aku merasakan jatuh dengupan jantung aku ini.. seorang lagi wali yang akan menyelamatkan aku dan terus jadi saksi aku bila aku kahwen kelak.. Apa dah jadi ni?? Pada siapa akak nak gurau senda lagi.. pada Ayah? Pada Abang?.. Kalau blh nak je duduk dekat kubur abang dan ayah nak je cerita semua yang dah berlaku.. Tapi apakan daya,akak ta blh menangis kan.. sbb akak tahu bila akak menangis, ayah abang sedih sakit dalam tu kan.. Tanpa abang ayah,seriously akak sunyi sangat.. tanpa dengar lagi suara ayah abang dan terbaru akak ana... Kakak ana,terima kasih hadir dalam hidup abang dan keluarga kami.. Adik rasa bahagia boleh kongsi apa2 cerita je pada kakak.. terima kasih hulurkan dua pasang telinga untuk dengar cerita adik akak..

Ya Allah , selepas ini bagilah kebahagiaan dalam keluarga aku. Bahagiakan kami dengan pertolongan  darimu..  Ya Allah, singkirkanlah duka lara jiwaku, kemuramanku & kegalauan jiwaku. Gantilah dengan kedamaian, kebahagiaan & kehusyuan dekat denganMu.

"Kadang kita ta tahu apa yang kita rancang itu bukan terbaik buat kita.. bila kita rancang sesuatu, kita serahkan segalanya pada Allah..Agar apa yang dirancang itu adalah rancangan terbaik dalam hidup kita"

Jika Allah tutup mataku,

Bagikan senyuman manis dibibirku..

Agar aku bisa tersenyum lagi

Bila orang yang aku sayang ziarahi dan mandikanKu..

Jika belum ditakdirkan Allah menutupi mataku 

Jadikan lah aku seorang anak menjadi penyejuk mata pada mama dan adikku..

Dan jadikan aku anak yang sentiasa doakan pada ayah dan abang serta menjadi cucu yang sentiasa ingatkan nenek2 yang lama pergi...

Tabahlah hati,doa adalah senjata kuat bila kau bersama Allah.. Tersenyum dan berbaktilah pada ibu dan adikmu yang masih bersamamu... Kasihanilah mereka.. Mereka cuma ada kamu..Ya kamu saja yang tinggal.. 

Duhai gadis.. Aku tahu kau kuat.. Tersenyumlah..

05/05/2015 - Selasa

12;15am

-Bilik mama- 

Saturday, January 10, 2015

Bermulanya tahun 2015

Assalammualaikum..

selamat perginya sudah 2014 dalam hidup aku.. entah! selama setahun di 2014, pelbagai rintangan dan cobaan aku tempuh.. Nauzubillah!..Innalillahiwainnaillahirajiun pada segala yang berlaku..

Siapa sangka, itu ciuman terakhir aku beri pada nya.. tak siapa tahu itu hari terakhir aku gembira bersamanya.. Papa, insan yang aku sayang telah kembali ke rahmatullah pada 15 syawal 1435H.. Satu yang yang mendukakan hati,jiwa kami sekeluarga.. Aku tak pernah menangis pemergiaannya.. kerna saat itu aku tahu papa dah ke syurga.. dah sangat tenang disana.. selama aku menjaganya di hospital, tiada kata sedih mahupun pilu aku bagitahu dia.. saat dirinya telantar di katil, ya aku tahu aku bisa bercerita apa-apa saja di sekeliling aku padanya. tak kesahlah ada manusia bagitahu aku gila.. Aku tak kesah.. sebab aku tahu, tak ada siapa boleh buat sepertimana aku buat.. Pernah tak kau orang buat macam tu, saat keluarga kauorang tengah telantar, kau orang cerita macam2 kesah pada diorang? fikirlah.. saat sihat je kau orang banyak cerita, tapi masa sakit, kau orang just baca yassin dan cakap sesama sendiri.. Saat jasadnya masih ada, masa itulah kau orang cerita apa2 sajaa.. disaat matanya tertutup, masih ada telinga yang mendengar, dan tak kan kau pernah duga ada senyuman terukir di wajahnya, dan tak kau jangka setitis air mata berlinangan membasahi pipinya...

tak siapa boleh bayang bagaimana aku bagi seribu semangat padanya supaya dirinya kuat... alhamdulillah, berkat doa, papa buka mata pada 1syawal1435H.. saat itu aku bergembira memuji Allah kerna bukakan mata papa di pagi syawal.. saat manusia lain sedang melantunkan takbir raya, dan berjemaah di surau masjid . dan gembira berbaju melayu,kurung baru, aku dan mama maseh seperti semalam, berbaju tidur.. melihat kebesaran allah membuka mata papa di pagi syawal.. Terima kasih papa!

Papa,
mugkin ini nukilan terakhir untuk akak pada papa.. Entah! masihkah lagi nanti laman ini kembali lagi menulis tentang mama, papa, adik,abang, sahabat dan lain lain.. terima kaseh papa... bagi akak peluang menikmati usia akak bersama papa. Walaupun orang bagitahu papa garang, sebenarnya papa sangat baek, bahkan papa lah jiwa akak.. Papa! maafkan segala kesalahan kakak ya pa.. Doakan akak sentiasa istiqomah dalam menjalani kehidupan dan menjadi anak solehah pada keluarga kita..
tiada kata darimu lagi ku dengar, tiada senyuman manis ku tatap lagi kecuali gambarmu yang lama dulu..


                                                                    ciuman terakhir
                                                             gengaman terakhir

gadis,
10-01-2015

Search ResultInna Lillahi wa inna ilaihi raji'un