Tuesday, May 05, 2015

Pertengahan bulan Februari penuhi dengan kesedihan

Assalammualaikum,

sollu ala nabiyy

Ta pernah disangka kan orang yang kita sayang pergi lagi buat kali ke dua. apabila kesedihan kita masih belum redha, kita terima lagi dengan kesedihan yang ta kita jangka masanya kan. Patutlah pada 10 bulan 2 tahun 2015 bagitahu mama yang aku rindu sangat sangat pada abang dan kakak iparku. Mama bagitahu bagi mesej pada abang mama nak belanja makan. Tertiba hati nak telefon dengan abang, bila dengan abang, kerancakan perbualan itu tak pernah lepas dari bibir seorang adik kan. Mungkin abang fikir kakak terlalu rangat bila bercakap kan bang, tapi itulah kakak bila kesedihan ta baik lagi,kakak cuba letakkan dalam kegembiraan,supaya abang ta tahu kakak tengah bersedih..

Tanggal 19.02.2015 berita tergempar bila  dengar lagi berita kesedihan.. Ya Allah, apa lagi ujian kau hadirkan pada keluarga ku ya Allah.. Seakan aku merasakan jatuh dengupan jantung aku ini.. seorang lagi wali yang akan menyelamatkan aku dan terus jadi saksi aku bila aku kahwen kelak.. Apa dah jadi ni?? Pada siapa akak nak gurau senda lagi.. pada Ayah? Pada Abang?.. Kalau blh nak je duduk dekat kubur abang dan ayah nak je cerita semua yang dah berlaku.. Tapi apakan daya,akak ta blh menangis kan.. sbb akak tahu bila akak menangis, ayah abang sedih sakit dalam tu kan.. Tanpa abang ayah,seriously akak sunyi sangat.. tanpa dengar lagi suara ayah abang dan terbaru akak ana... Kakak ana,terima kasih hadir dalam hidup abang dan keluarga kami.. Adik rasa bahagia boleh kongsi apa2 cerita je pada kakak.. terima kasih hulurkan dua pasang telinga untuk dengar cerita adik akak..

Ya Allah , selepas ini bagilah kebahagiaan dalam keluarga aku. Bahagiakan kami dengan pertolongan  darimu..  Ya Allah, singkirkanlah duka lara jiwaku, kemuramanku & kegalauan jiwaku. Gantilah dengan kedamaian, kebahagiaan & kehusyuan dekat denganMu.

"Kadang kita ta tahu apa yang kita rancang itu bukan terbaik buat kita.. bila kita rancang sesuatu, kita serahkan segalanya pada Allah..Agar apa yang dirancang itu adalah rancangan terbaik dalam hidup kita"

Jika Allah tutup mataku,

Bagikan senyuman manis dibibirku..

Agar aku bisa tersenyum lagi

Bila orang yang aku sayang ziarahi dan mandikanKu..

Jika belum ditakdirkan Allah menutupi mataku 

Jadikan lah aku seorang anak menjadi penyejuk mata pada mama dan adikku..

Dan jadikan aku anak yang sentiasa doakan pada ayah dan abang serta menjadi cucu yang sentiasa ingatkan nenek2 yang lama pergi...

Tabahlah hati,doa adalah senjata kuat bila kau bersama Allah.. Tersenyum dan berbaktilah pada ibu dan adikmu yang masih bersamamu... Kasihanilah mereka.. Mereka cuma ada kamu..Ya kamu saja yang tinggal.. 

Duhai gadis.. Aku tahu kau kuat.. Tersenyumlah..

05/05/2015 - Selasa

12;15am

-Bilik mama- 

No comments:

Post a Comment