Thursday, June 19, 2014

Ramadan Datang Lagi

Ramadan datang lagi, dan kali ini entah bagaimana ramadan ku bermula dan bagaimana ramadanku berakhir.. Dengupan jantung berdegup kenyang menanti saat ramadan menjelang tiba.. Dan masa itu aku fikir, Bagaimana solatku tshun ni, dspst dipenuhi semuanya ke? bagaimana bacaan Al-Quranku dapat dikatamkan ke? Walaupun dalam perjemahan..

Ku tak mampu bayangkan bagaimana ianya bermula dan berakhir nanti.. Moga Allah bagi aku ketenangan dalam mengerjakan segala yang baik di bulan ramadan ini.. InshaAllah, segalanya ikut kemampuanku unuk tunaikan Ramadanku.. Ingin saja aku menikmati ramadan ini dengan dipenuhi dengan solat dan al-quran sepanjang masa ramadan berlangsung.. Moga apa yang kita lakukan pada ramadan tahun ini, menjadi lebih baik dan banyak diperbaiki ramadan sebelum ini, kepada ramadahan kali ini..

Ramadan kau datang lagi
Tanpa ku sedar
kurang beberapa hari ia akan datang

Ramadan kau datang lagi
Namun aku belum persiapkan apa apa
Aku rindu pada Ramadan
Namun aku akan persiapkan nya perlahan-lahan
bila kemunculan mu nanti

Ramadan kau datang lagi,
Moga ramadan kali ini lebih bermakna dalam diriku
lebih baik dari sebelumnya..
Ramadan aku rindu!

-Gadis-
11:14a.m~19/06/14
-Bilik aircond-

Thursday, May 22, 2014

Adek! akak merayu...

Hum!! akhirnya aku maseh disini hari ini.. tak bisa untuk aku pendam lagi setelah lama aku simpan di hati dan di tuan otakku.. Namun tiada siapa tahu apa yang ada di dalam fikiran aku sekarang.. Namun disebalik 1001 senyuman yang aku lontarkan dan kata2 nasihat yang aku selalu taipkan itu, bukan untuk siapa siapa, namun untuk sang hati yang semakin rapuh ini..

adek! ya adek.. dia seorang lelaki.. akan mengjangkau umur 20.. akak tak mampu nak terluah segala gala yang akk nak bagitaw adek.. akak kira, adek boleh faham kenapa kami selalu marahkan adek, sedangkan adek buat watak budak keras otak dalam kehidupan adek.. macam seperti tiada apa-apa yang terjadi di scene kehidupan adek.. Adek!TOLONG buka minda adek! berfikiran positif dan buka jiwa mu itu untuk melihat scene dunia mu sebenar-benarnya.. dan silalah tutupkan scene kehidupan fantasi adek dan, hapuskan watak budak keras otak dalam diri adek tu.. Tiada siapa akan bagi muka dan simpati dengan adek, jika dalam diri maseh ada lagi watak tu, hidup adek takkan sebaik orang lain.. Ubahlah dik! ubahlah sikap adek dari budak keras otak kepada remaja soleh dan taat... Adek , akak taw adek seorang saja lelaki dalam keluarga akak, tp pernah tak adek fikir, kenapa adek dilahirkan di dunia ini..?? pernah tak dek? Adek, akak tak mampu berkata sepatah pun di depan adek.. semuanya akak pendam, sekarang yang sengsaranya ibu dan ayah dek... IBU DAN AYAH!!!!

sekali je akak minta dik, bukalah fikiran adek seluas luasnya dik... fikir apa yang adek dah buat selama ini.. adakah apa yang adek buat itu, akan menyenangkan hati kami, atau meyakitkan hati kami... Akak taw adek boleh hapuskan scene budak keras otak kepada scene remaja soleh dan taat... Akak mampu berdoa dari jauh je dik.. akak tak mampu nak bagi nasihat pada adek... Adek! akak sayang adek! sayang sangat sangat dik... Tolonglah berubah dik... akak rayu sangat sangat.. bagi bangga pada kami dik! Akak tahu adek boleh...

Adek! akak merayu.....

Gadis,
bilik penghawa dingin
22 rejab 1435H

Sunday, May 18, 2014

Bila Tiba

Setiap masa, aku bernafas yang Allah pinjamkan untuk aku... Takkan kau tak mahu lagi bersyukur gadis... Allah.. tidak siapa menyangka kau boleh hidup selama 23 tahun.. Dengan segala ujian dunia, kau tabah mengharungi ujian itu.. 

"Takkan kau lupa, kau pernah jatuh.. jatuh ke longkang jahilah... " syaitan jiwa menghina

"Ahhh!!!!!! Kau jangan pernah ungkit lagi cerita monyet aku dulu..." hati tabah berbicara tenang

Kaki melangkah tenang menuju bilik air wudhu... dekat tenang dan kesungguhan aku mengambil whuduk penuh tertib... dan ku pakaikan terlekung di  wajahku.. dan ku tatap lama wajah kembar di sebalik cermin... air wudhuk setia bersama wajahmu wahai gadis jahiliah... Air whuduk sangat suci, apabila di letakkan ke wajahmu, takkan kau tak rasa suci itu... dan aku terus menghadap Tuhanku.. Tuhanku yang satu... Dengan izinnya, aku maseh bersujud kepadaMu Tuhan....

Rabbighfirli(tuhanku,ampuni aku) warhamni(sayangi aku)wajburnii(tutuplah aib-aibku)warfa'nii(angkatlah darjatku) warzuqnii(berilah aku rezeki)wahdinii(berilah aku petunjuk)waafinii(sihatkan aku)wa'fuannii(maafkan aku)

Bila tiba, 
kau perlukan allah,
kau datanglah padanya 
kau dekatkanlah pada diriNya..
Hanya padanya Allah 
kau akan tenang..

#Tarbiyah untuk diri


 -Gadis-
-Ahad,may,18,2014
-musim panas



Tuesday, May 06, 2014

Pertemukan ukhwah kami kembali

Ketika tunas itu tumbuh
serupa tubuh yang mengakar
setiap nafas yang terhembus
adalah kata
Angin,debur dan emosi
bersatu dalam jubah terpautan
tangan kita terikat
lidah kita menyatu
maka apa yang terucap ialah sabda
pendita ratu.
Ahh... diluar itu pasir  diluar itu debu
Hanya angin meniup saja
lalu terbang hilang tidak ada
tetapi kita tetap menari
menari cuma kita yang tahu
jiwa ini tandu,mak duduk saja
maka akan kita bawa
semua..
karena...
Kita Adalah Satu...









-Gadis-
Bilik Aircond
Selasa ; 06.05.2014




Friday, April 04, 2014

ku mohon

Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik,
Maaf juga, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu,
Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih,
Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih,
Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering tidak memahami,
Maaf, aku hanya insan biasa,
Kerana kelemahanku itu, sering aku titipkan doaku padamu dikesempatan yg ada,
Moga Allah selalu menyayangimu kerana siapapun kamu,
kamu itu sahabatku…

Gadis
-4/04/2014(jumaat)
bilik aircond

Thursday, April 03, 2014

La tahinu,Qowiy

Disini,
aku rebah...
aku hilang tumpuan
hilang destinasi..
hilang arah tujuan...

La tahinu,Qowiy!

ia hanya lima perkataan
disebut dua kata...
tanpa ayat ini dilontarkan..
aku takkan mungkin disini..
maseh berjalan menuju kerjayaku..

La tahinu,Qowiy!

ia sering bersamaku..
disini saat aku memerlukan...

aku berkata pada diri La Tahinu, Qowiy!!!! harus Qowiy!!! perlu Qowiy!!!

Friday, March 21, 2014

Hanya Cinta-Mu

"Amiin,ya rabbalalamin.."

Doa itu ku pajat kepadanya.. Semua yang terbuku dihatinku diluahkan secara perlahan lahan.. Pada Tuhannya  saja dia limpahkan segala penderitaan dunia. Kini, apa yang terbuku di hati, sudahpun diluahkan dengan tenang pada Tuhannya.