Saturday, August 31, 2013

Tolong!

                                                               Assalammualaikum...

"Ibu ayah, tengok pasangan suami isteri itu.. cantik, hensem walaupun sudah tua.. si isteri duduk di kerusi roda, dan suaminya membantu menyorong kerusi roda itu.. Sweet kan mereka?" Ibu dan ayah hanya membisu, cuma satu anggukkan kepala dilepaskan padaku.. Aku hanya hadiahkan senyuman pada mereka

"Tolong! ,um...Jangan tengking lagi..aku mohon kali ini.. Berhenti!!! jangan bergaduh lagi.. Kesian pada aku.. Aku mohon lagi.."

Kata kata itu cuma mampu aku laungkan di hati kecilku.. Tak mampu membuka sedikit mulut melihat mereka bergaduh... Andai saja kata kata itu dapat aku  keluarkan, pasti mereka akan marahkan aku... dan aku tak mampu untuk melawan kata kata mereka.. dan aku cuma mampu terdiam..

Sekarang, aku biarkan mereka, aku tak berhak nak masuk campur, kerna hal aku sendiri pun aku tak terjaga, inikan pula mereka.. Mereka sudah tua, pandai berfikir dan tahu mana yang baik dan buruk. Aku nak mengajar, aku tak berhak, kerna mereka lebih makan garam dari aku.. Aku>? apa ada? setakat baca buku dan cari ilmu takkan terus nak bagi ceramah pada mereka pulak, itu pun kalau mereka nak dengar ceramah kosong seperti aku ni..

"Ayah.. mungkin aku tak seperti ayah.. aku mahu keluarga kita bahagia ayah... Ayah, ayah seorang saya keluarga kami, dan ketua kami.. Tapi, kenapa ayah bersikap sangat dingin.. hinggakan ayah keluarkan kata kata kesat.."

"Ibu, kenapa ibu? kenapa mesti bergaduh dengan ayah? Aku tahu ibu sayangkan ayah.. Aku tahu itu ibu.. Takkan ibu pun tak nak mengalah pada ayah, tentang satu perkara kecil sperti itu ibu..."

Tolonglah ibu ayah! aku mohon sangat.. aku mahu kita bahagia seperti keluarga lain.. Aku rindu suasana itu ibu ayah, dimana dan dengan siapa aku perlu mengadu , jika ibu ayah seperti ini.. Jika aku pergi nanti.. aku berdoa sangat ibu ayah jangan lagi bergaduh...


~; sekadar luahan dari hati

-Gadis-
31.08.2013 ;Sabtu
9;11pm
~kamar sepi~



No comments:

Post a Comment